Sejarah pilihan raya Hulu Selangor (kawasan persekutuan)

Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di Hulu Selangor semenjak 1990.

TahunAhli ParlimenPartiLawanParti LawanMajoritiRujukan
1990G. Palanivel BN-MICNazar Yakin Semangat 468,982[5]
1995G. Palanivel BN-MICAdnan Din Semangat 4621,415
Peng Kim Sing DAP
1999G. Palanivel BN-MICDr. Halili Rahmat Keadilan8,595
2004G. Palanivel BN-MICIsmail Kamus PAS14,483
2008Zainal Abidin Ahmad KeadilanG. Palanivel BN-MIC198
2013P. Kamalanathan BN-MICKhalid bin Jaafar Keadilan3,414[6]
Radzali bin MokhtarBebas1,105
Santhara Kumar a/l Ramanaidu999
2018June Leow KeadilanP. Kamalanathan BN-MIC13,391[7]
Dr. Wan Mat Sulaiman PAS16,620
Kumar a/l ParasivamBebas426

Semasa pilihan raya umum Malaysia 2008 pada Mac 2008, Barisan Nasional menang kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor, namun PKR menang kerusi Parlimen menerusi Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Jumlah majoriti terkumpul kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali ialah 6,179 undi. Sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen dengan majoriti hanya 198 undi.

Di DUN Hulu Bernam, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi. Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu, calon MCA Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau mendapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555. Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang Kali, calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon PKR Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi. Mohd Isa mendapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.

Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel. Beliau mendapat 22,979 undi manakala Dr Zainal 23,177. Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang. Perbezaan undi pula bukan sedikit tetapi sampai 5,981.

Rujukan

WikiPedia: Hulu Selangor (kawasan persekutuan) http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_2... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-200... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://www.spr.gov.my/sites/default/files/HargaDPI... http://www.spr.gov.my/sites/default/files/Jilid%20... https://keputusan.spr.gov.my/ https://web.archive.org/web/20160604045153/http://...